Tuesday, May 11, 2010

Adamaya oh Adamaya

Adamaya...
ya sebut sahaja nama tersebut,pasti semua orang tahu apakah itu Adamaya..tapi sudah tentunya hanya orang yang tinggal di Malaysia sahaja yang pasti tahu kerana Adamaya yang dimaksudkan adalah sebuah drama Melayu yang ditayangkan TV3

Saya merupakan salah satu penonton Adamaya =)

Walaupun,pada mulanya saya tidaklah begitu mengikuti sangat cerita ini namun begitu saya sudah mula tertarik dengan cerita ini semenjak saya mula menyedari jalan cerita ini unik yakni agak lain yang dari lain..

Pasti anda tertanya-tanya apakah yang unik sangat pada Adamaya? Pada mereka yang hanya menonton cerita ini sekali lalu,pasti anda akan berfikir cerita Adamaya ini hanyalah cerita Melayu biasa yang mempunyai jalan cerita cerita yang sangat biasa yakni klise...

Izinkan saya membetulkan presepsi anda terhadap cerita ini...

Bercerita mengenai drama-drama cinta Melayu,seringkali kita disogokkan dengan cerita-cerita klise seperti kisah cinta sepasang kasih yang bercinta kemudian hadir pihak ketiga yang datang merosakkan hubungan sang kekasih.Kalau bukan pihak ketiga pun,mungkin,kisah cinta sang kekasih tidak direstui keluarga kerana perbezaan status dan darjat. Ataupun,timbul salah faham yang remeh temeh dalam perhubungan yang akhirnya menimbulkan pergaduhan yang amat dahsyat.(Maka akan timbullah adegan menjerit dan melolong...Bak kata ayah saya "Cerita Melayu kalau tak menjerit tak melolong, memang TAK SAH" )Ya, saya akui dalam bab itu..Al maklumlah,kita orang melayu kan punya "tatasusila yang tinggi".Maka,kita akan selalu menjerit dan melolong kalau kita tidak puas hati terhadap sesuatu..=P Jangan maraaa aaa..

Berbalik kepada Adamaya...
ya...Adamaya..
Secara jujurnya,pada awal-awal episod Adamaya saya tidak merasakan cerita tersebut sangat menggamit hati..sekadar cerita Melayu klise..Itu pendapat awal saya mengenai cerita tersebut.Ini kerana,isu kahwin paksa yang menjadi tema cerita ini,sudah acapkali saya baca dalam novel.Kisah sepasang lelaki dan perempuan yang kahwin tanpa kerelaan dua-dua belah pihak.Maka,selepas menikah akan timbullah adegan-adegan benci antara satu sama lain,si suami diarahkan isteri tidur di sofa,si isteri membuat sempadan di rumah dan di bilik menggunakan salotep dan sebagainya.Izinkan saya menggunakan bahasa remaja( Eleh,bajet romantik arr tu kalau buat camtuh ..perghhhh..)

Adamaya juga tidak terlepas daripada babak-babak tersebut.Itu yang membuatkan saya rasa "ohh cerita ini biasa je" Namun,satu perkara yang membuatkan Adamaya sedikit berbeza daripada cerita-cerita Melayu yang pernah saya baca dan tonton yang berkisarkan perkahwinan paksa ini, adalah bahagian di mana pengarah bijak sekali menggarapkan kelainan dengan menjadikan Maya(teraju wanita utama) sebagai seorang isteri yang bermasalah..saya ulang...sebagai isteri yang bermasalah..

Jarangkan dengar cerita mengenai isteri yang bermasalah... selalunya,dalam mana-mana cerita sekalipun,lelaki selalu dijadikan  sebagai penyebab masalah dalam sesebuah perhubungan sama ada lelaki itu curang atau dia selalu menyakitkan hati isterinya atau dia silap membuat percaturan dan sebagainya..

NAmun begitu,bagi peminat setia Adamaya,pasti anda akan berkata,dalam cerita ini Dani(bekas teman lelaki Maya) punca rumah tangga Adam dan Maya berantakan.Saya tidak melihat Dani sebagai akar permasalahan yang timbul dalam keretakan rumah tangga Adam dan Maya..Tapi,sejujurnya MAYA yang harus dipersalahkan dalam cerita ini..Seharusnya,dia sudah mampu membuangkan rasa kasihnya terhadap Dani setelah lima tahun berkahwin dengan lelaki yang baik seperti Adam dan dikurniakan pula seorang cahaya mata yang comel bernama Amani.Tetapi,Maya masih lagi keliru dengan perasaannya terhadap Dani.Dia masih lagi keluar berpacaran bersama Dani.Dia masih lagi membenarkan dirinya bertemu dengan Dani.Jika dia menahan dirinya daripada Dani dan fokus terhadap keluarganya,pasti tidak akan timbul perasaan kasih terhadap Dani lagi.

Itulah serba sedikit bahagian dalam Adamaya yang membuatkan saya merasakan cerita ini agak baik untuk tontonan remaja seperti saya :P Sekurang-kurangnya saya tahu,wanita ini hatinya mudah cair walau sebaik mana pun wnaita tersebut.Sekali lelaki taburkan kata-kata manis,wanita berstatus isteri pun boleh tumpas...hmmm..Signifikannya,sebagai seorang isteri sepatutnya Maya lebih kukuh dalam membentengkan dirinya daripada gangguan mana-mana lelaki dan mengukuhkan kasih sayangnya dengan lebih setia terhadap suaminya.

Dan apa yang membuat saya lebih tertarik dengan cerita ini adalah,sikap Adam yang sangat tidak mudah melatah dengan sikap isterinya yang boleh dikatakan curang itu.Izinkan saya menggunakan bahasa remaja "Boleh lagi die ok je walaupun isteri die kene tangkap khalwat dengan Dani(walaupun mereka sebenarnya tidak berbuat apa-apa..Namun berdua-duaan di dalam kereta di tengah-tengah malam,memang salah dan patut di tangkap khalwat)..Boleh lagi die kool even die nampak isteri die berdating ngan Dani..perghh..kalau laki lain,dah lame kene talak tiga si Maya tu"
Saya hanya tersenyum melihat Adam..Mahu dikatakan dayus..saya pun tidak lah begitu memahami maksud dayus.. :P Mungkin pendekatan Adam dalam mengendalikan isterinya itu lebih lembut.Saya mengagumi tindakan lembutnya terhadap wanita.Namun begitu,Islam telah menggariskan panduan terhadap para suami dalam mengendalikan isteri yang derhaka dengan suami.Seperti apa yang telah saya pelajari di tingkatan lima dalam matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiyah,terdapat tiga langkah dalam mengendalikan isteri derhaka atau nusyuz terhadap suami

1) Memberikan nasihat ; jika nasihat tidak berkesan walaupun si isteri sudah dinasihatkan berkali-kali,teruskan dengan langkah kedua,
2)Pisah tempat tidur ; Jika cara ini tidak berkesan barulah gunakan langkah ketiga
3)Pukul isteri (tapi jangan sampai mencederakan mana-mana bahagian tubuh Isteri.Pukul di sini bermaksud hanya untuk menyedarkannya dan alat untuk memukul perlulah menggunakan alat yang tidak menyakitkan.Islam menentang keras kekejaman terhadap wanita)

Pada hemat saya,Adam kini sedang menggunakan langkah kedua..Ini kerana,menurut episod Adamaya yang terbaru(11 Mei),Adam telah pun berangkat ke Jakarta Indonesia selama sebulan atas urusan kerja konon-kononnya. Dia meninggalkan Maya untuk berfikir masak-masak dalam menentukan nasib perkahwinan mereka.

Ya,minggu ini adalah minggu terakhir Adamaya..mari kita lihat apakah kesudahan nasib perkahwinan Adam dan Maya..

Saya berharapkan pengakhiran cerita yang baik kerana..

 "If it's not okay in the end,then it's not the ending.."
 hehehe

sayayangbercerita,
naar91

Friday, May 7, 2010

terus melangkah....

Hmmm.....kini semuanya sudah jelas. Saya berjanji pada diri saya yang saya tidak akan terus menunggu dan terus berharap pada perkara yang tidak pasti lagi..


Saya mahu terus melangkah kerana saya tahu tiada gunanya lagi untuk saya terus menunggu dan berharap..


Takdir ditentukan Allah..Walau sekuat mana pun saya berharap tetapi kalau Allah tidak mengizinkan,maka ia tidak akan berlaku..

Saya bukan  mengalah tapi saya tidak mahu terus menerus hidup dalam khalayan yang tidak pasti lagi..Segala-galanya sudah jelas kini. Saya perlu terus mara ke hadapan.Terus menunggu dan berharap bukanlah jalan yang baik..


Saya pasrah...Saya reda..Saya terima walaupun sebenarnya hati saya belum begitu kuat untuk menerima kenyataan ini...hmmm..Tapi tidak mengapa..kerana ..


saya ada Allah =)
Allah Maha Mengetahui.Dia tahu apa yang terbaik buat saya.Maka,saya harus reda dengan hati yang ikhlas.

Ini salah saya..Perkara ini terjadi sebab saya..Maka,saya rasa saya berhak menanggung kesakitan ini..
Namun,apabila saya renung-renungkan kembali,saya tahu ini untuk kebaikan saya juga.Jadi saya harus kuat untuk bangun dan menerima kenyataan dan terus melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi..



Cuma satu yang saya pinta..Tolong doakan saya supaya kuat =) Saya bimbang jika saya akan menoleh ke belakang lagi....




Reda dan terus melangkah...=)

saya yang bercerita,
naar91
Harap maaf..entri ini terpaksa dibatalkan..kerana blog ini saya cipta bukan tempat untuk meluahkan perasaan

Thursday, May 6, 2010

Cerita blog baharu saya =)

Ini blog baru saya..
ya..ini blog baru saya..baru dicipta beberapa jam yang lalu..


kelahiran blog baharu ini bukanlah bermaksud blog lama dilupakan tetapi saya merasakan betapa perlunya saya untuk melahirkan blog baharu saya ini ..


pasti kalian tertanya-tanya mengapakah saya melahirkan blog ini bukan?? biarlah saya menjawabnya dengan ikhlas tulus dari hati yang suci murni..


ini jawapannya...,

ini adalah kerana,saya mahu merasa bebas dlm berkarya...kebebasan berkarya bermaksud saya bebas untuk menulis atau menaip(memandangkan pada zaman sekarang ini,kita hanya menaip didepan komputer) dalam apa jua medium bahasa yang dapat difahami oleh segenap lapisan masyarakat yang mahu membaca coretan blog-blog di alam maya.Saya mahu menjadi seorang penulis yang serba boleh di mana english(ohh maaf..) Inggeris boleh...melayu pun boleh...apabila saya merasa saya mahu menaip dalam english Inggeris,maka saya akan menuju ke blog satu lagi..iaitu: klik di sini



tambahan pula,bahasa melayu adalah bahasa ibunda saya..bahasa pertama saya belajar..bahasa rasmi negara saya...maka apalah salahnya jika saya melahirkan blog bahasa melayu saya ini kan? =)

******

tiba-tiba saya berasa pelik......?

tahukah anda mengapa?


sila baca entri ini dari mula sekali lagi..(maaf atas kesulitan,tapi bagus kalau anda baca entri ini sekali lagi sekarang )

******

sudah baca?

apa anda rasa??

apakah anda berasa seperti berada dalam kelas bahasa Melayu? atau apakah anda tidak berasa apa-apa?


hmm..tidak mengapalah...

saya berasa pelik kerana saya menulis sepenuhnya dalam ejaan baku...wah,sungguh aneh apabila saya baca kembali tulisan saya ini...

seingat saya,kali terakhir saya menulis seperti ini adalah ketika saya berada di tingkatan lima dalam mengarang karangan bahasa Melayu...

oh..tiba-tiba.. saya berasa rindu dengan kelas Cikgu Rizuan Atan(Guru BM saya semasa tingkatan 5)

terngiang-ngiang kembali kata-katanya di gegendang telinga saya...."Jadilah seperti pancang di tengah arus" Itulah kata-kata atau motto Cikgu Rizuan yang kerap kali dilaungkan didalam kelas..

*****
Ya,berbalik kepada cerita kelahiran blog baru saya ini,maka amat berbesar hatilah saya sekiranya,kehadiran bilasayabercerita.blogspot.com dapat diterima umum =)

usahlah kalian berasa segan silu melontarkan pendapat di akhir cerita ini kelak...saya amat berbesar hati untuk mengetahui reaksi kalian semua terhadap kelahiran blog ini =)


akhir kata,

"takkan Melayu hilang di dunia" =)

sekian,terima kasih..

saya yang bercerita,
naar91