Tuesday, May 11, 2010

Adamaya oh Adamaya

Adamaya...
ya sebut sahaja nama tersebut,pasti semua orang tahu apakah itu Adamaya..tapi sudah tentunya hanya orang yang tinggal di Malaysia sahaja yang pasti tahu kerana Adamaya yang dimaksudkan adalah sebuah drama Melayu yang ditayangkan TV3

Saya merupakan salah satu penonton Adamaya =)

Walaupun,pada mulanya saya tidaklah begitu mengikuti sangat cerita ini namun begitu saya sudah mula tertarik dengan cerita ini semenjak saya mula menyedari jalan cerita ini unik yakni agak lain yang dari lain..

Pasti anda tertanya-tanya apakah yang unik sangat pada Adamaya? Pada mereka yang hanya menonton cerita ini sekali lalu,pasti anda akan berfikir cerita Adamaya ini hanyalah cerita Melayu biasa yang mempunyai jalan cerita cerita yang sangat biasa yakni klise...

Izinkan saya membetulkan presepsi anda terhadap cerita ini...

Bercerita mengenai drama-drama cinta Melayu,seringkali kita disogokkan dengan cerita-cerita klise seperti kisah cinta sepasang kasih yang bercinta kemudian hadir pihak ketiga yang datang merosakkan hubungan sang kekasih.Kalau bukan pihak ketiga pun,mungkin,kisah cinta sang kekasih tidak direstui keluarga kerana perbezaan status dan darjat. Ataupun,timbul salah faham yang remeh temeh dalam perhubungan yang akhirnya menimbulkan pergaduhan yang amat dahsyat.(Maka akan timbullah adegan menjerit dan melolong...Bak kata ayah saya "Cerita Melayu kalau tak menjerit tak melolong, memang TAK SAH" )Ya, saya akui dalam bab itu..Al maklumlah,kita orang melayu kan punya "tatasusila yang tinggi".Maka,kita akan selalu menjerit dan melolong kalau kita tidak puas hati terhadap sesuatu..=P Jangan maraaa aaa..

Berbalik kepada Adamaya...
ya...Adamaya..
Secara jujurnya,pada awal-awal episod Adamaya saya tidak merasakan cerita tersebut sangat menggamit hati..sekadar cerita Melayu klise..Itu pendapat awal saya mengenai cerita tersebut.Ini kerana,isu kahwin paksa yang menjadi tema cerita ini,sudah acapkali saya baca dalam novel.Kisah sepasang lelaki dan perempuan yang kahwin tanpa kerelaan dua-dua belah pihak.Maka,selepas menikah akan timbullah adegan-adegan benci antara satu sama lain,si suami diarahkan isteri tidur di sofa,si isteri membuat sempadan di rumah dan di bilik menggunakan salotep dan sebagainya.Izinkan saya menggunakan bahasa remaja( Eleh,bajet romantik arr tu kalau buat camtuh ..perghhhh..)

Adamaya juga tidak terlepas daripada babak-babak tersebut.Itu yang membuatkan saya rasa "ohh cerita ini biasa je" Namun,satu perkara yang membuatkan Adamaya sedikit berbeza daripada cerita-cerita Melayu yang pernah saya baca dan tonton yang berkisarkan perkahwinan paksa ini, adalah bahagian di mana pengarah bijak sekali menggarapkan kelainan dengan menjadikan Maya(teraju wanita utama) sebagai seorang isteri yang bermasalah..saya ulang...sebagai isteri yang bermasalah..

Jarangkan dengar cerita mengenai isteri yang bermasalah... selalunya,dalam mana-mana cerita sekalipun,lelaki selalu dijadikan  sebagai penyebab masalah dalam sesebuah perhubungan sama ada lelaki itu curang atau dia selalu menyakitkan hati isterinya atau dia silap membuat percaturan dan sebagainya..

NAmun begitu,bagi peminat setia Adamaya,pasti anda akan berkata,dalam cerita ini Dani(bekas teman lelaki Maya) punca rumah tangga Adam dan Maya berantakan.Saya tidak melihat Dani sebagai akar permasalahan yang timbul dalam keretakan rumah tangga Adam dan Maya..Tapi,sejujurnya MAYA yang harus dipersalahkan dalam cerita ini..Seharusnya,dia sudah mampu membuangkan rasa kasihnya terhadap Dani setelah lima tahun berkahwin dengan lelaki yang baik seperti Adam dan dikurniakan pula seorang cahaya mata yang comel bernama Amani.Tetapi,Maya masih lagi keliru dengan perasaannya terhadap Dani.Dia masih lagi keluar berpacaran bersama Dani.Dia masih lagi membenarkan dirinya bertemu dengan Dani.Jika dia menahan dirinya daripada Dani dan fokus terhadap keluarganya,pasti tidak akan timbul perasaan kasih terhadap Dani lagi.

Itulah serba sedikit bahagian dalam Adamaya yang membuatkan saya merasakan cerita ini agak baik untuk tontonan remaja seperti saya :P Sekurang-kurangnya saya tahu,wanita ini hatinya mudah cair walau sebaik mana pun wnaita tersebut.Sekali lelaki taburkan kata-kata manis,wanita berstatus isteri pun boleh tumpas...hmmm..Signifikannya,sebagai seorang isteri sepatutnya Maya lebih kukuh dalam membentengkan dirinya daripada gangguan mana-mana lelaki dan mengukuhkan kasih sayangnya dengan lebih setia terhadap suaminya.

Dan apa yang membuat saya lebih tertarik dengan cerita ini adalah,sikap Adam yang sangat tidak mudah melatah dengan sikap isterinya yang boleh dikatakan curang itu.Izinkan saya menggunakan bahasa remaja "Boleh lagi die ok je walaupun isteri die kene tangkap khalwat dengan Dani(walaupun mereka sebenarnya tidak berbuat apa-apa..Namun berdua-duaan di dalam kereta di tengah-tengah malam,memang salah dan patut di tangkap khalwat)..Boleh lagi die kool even die nampak isteri die berdating ngan Dani..perghh..kalau laki lain,dah lame kene talak tiga si Maya tu"
Saya hanya tersenyum melihat Adam..Mahu dikatakan dayus..saya pun tidak lah begitu memahami maksud dayus.. :P Mungkin pendekatan Adam dalam mengendalikan isterinya itu lebih lembut.Saya mengagumi tindakan lembutnya terhadap wanita.Namun begitu,Islam telah menggariskan panduan terhadap para suami dalam mengendalikan isteri yang derhaka dengan suami.Seperti apa yang telah saya pelajari di tingkatan lima dalam matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiyah,terdapat tiga langkah dalam mengendalikan isteri derhaka atau nusyuz terhadap suami

1) Memberikan nasihat ; jika nasihat tidak berkesan walaupun si isteri sudah dinasihatkan berkali-kali,teruskan dengan langkah kedua,
2)Pisah tempat tidur ; Jika cara ini tidak berkesan barulah gunakan langkah ketiga
3)Pukul isteri (tapi jangan sampai mencederakan mana-mana bahagian tubuh Isteri.Pukul di sini bermaksud hanya untuk menyedarkannya dan alat untuk memukul perlulah menggunakan alat yang tidak menyakitkan.Islam menentang keras kekejaman terhadap wanita)

Pada hemat saya,Adam kini sedang menggunakan langkah kedua..Ini kerana,menurut episod Adamaya yang terbaru(11 Mei),Adam telah pun berangkat ke Jakarta Indonesia selama sebulan atas urusan kerja konon-kononnya. Dia meninggalkan Maya untuk berfikir masak-masak dalam menentukan nasib perkahwinan mereka.

Ya,minggu ini adalah minggu terakhir Adamaya..mari kita lihat apakah kesudahan nasib perkahwinan Adam dan Maya..

Saya berharapkan pengakhiran cerita yang baik kerana..

 "If it's not okay in the end,then it's not the ending.."
 hehehe

sayayangbercerita,
naar91

0 kata-kata pujangga:

Post a Comment